WELCOME & SELAMAT DATANG KE LAMAN KG PARIT MADIRONOASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA PELAWAT

SEJARAH KAMPUNG PARIT
MADIRONO BENUT PONTIAN


Kampung Parit Madirono telah wujud pada sekitar tahun 1910an selepas kedatangan penjajah di tanah melayu,kampung yang terletak di kawasan mukim sungai pingan benut ini diberi nama sempena nama orang yang mula-mula membuka kampung ini iaitu saudara Madirono, Madirono berasal dari tanah jawa yang datang ke tanah melayu untuk berhijrah bersama rakan-rakan rombonganya, dan hingga ke saat ini masih terdapat lagi generasi atau waris-waris dari madirono.


Parit madirono Kampung yang sejahtera
berketurunan jawa masyarakatnya di setiap bidang
makan gaji,berkebun,berusaha,berkerja
masyarakat yang rajin generasi gemilang.

INFO
Di Kampung Parit Madirono Benut terdapat sejumlah 64 buah rumah kediaman dan terdapat 1 kawasan perumahan yang terdapat 2 teres bangunan dan mempunyai 20 pintu rumah sewa, Terdapat lebih kurang 400 orang ahli isi rumah dan sejumlah 70 orang ketua isi rumah. Kampung Parit Madirono merupakan salah satu daripada 4 kampung rangkaian iaitu Kg Parit Jambi, Kg Parit Serom dan Kg Parit Salleh yang diketuai oleh seorang ketua kampung iaitu saudara Tn Hj Shaid, Kampung Parit Madirono boleh dikunjungi melalui jalan lebuh raya utara selatan (PLUS) melalui susur keluar Tol Simpang Renggam, dan mengambil jalan ke benut, dari plaza tol tersebut mengambil jarak perjalanan 5 KM untuk sampai ke Simpang 4 Kampung Parit Madirono, Kg Parit Madirono juga merupakan jalan altenetif untuk menghubungkan daerah Pontian dan Batu Pahat melalui jalan Parit Panjang ke Parit Makasar terus ke Kg Parit Madirono dan Ke Kg Parit Betak seterusnya Kg Rejo Sari, Parit Raja dan Batu Pahat, Penduduk di Kg Parit Madirono 99.9% adalah berketurunan melayu dan 0.01% adalah kaum cina, dan mejoriti masyarakat di kampung ini adalah berketurunan jawa. Penduduk kampung ini juga masih lagi mengamalkan ekonomi yang berasaskan pertanian, dan mengusahakan tanaman k/sawit dan getah, dan sebilagan kecil penduduk khususnya generasi ke 3 berkerja di luar kampung berkerja di sektor swasta dan juga kerajaan.



AKTIVITI-AKTIVITI KAMPUNG

  1. KENDURI PERKAHWINAN ( REWANG )
  2. HARI KELUARGA (ACARA TAHUNAN)
  3. AKTIVITI KEAGAMAAN
  4. MERHABAN ( HARI RAYA )
  5. PENJUNG MEMUNJUNG (BULAN RAMADHAN)
  6. LAWATAN KE TEMPAT-TEMPAT PERLANCONGAN (ANJURAN TN HAJI AMRI )
  7. KELAB KOMPANG
  8. KELAB SUKAN (BOLA SEPAK,BADMINTON,FUTSAL & TAKRAW)
  9. DAN LAIN-LAIN MENGIKUT PERANCANGAN AJK KAMPUNG
Mengarak pengantin











Bola Sepak










No posts.
No posts.